عَنْ أَبِی عَبْدِ اللَّهِ ع قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ الْمُؤْمِنُونَ خَدَمٌ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ قیل وَ كَيْفَ يَكُونُونَ خَدَماً بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ قَالَ يُفِيدُ بَعْضُهُمْ بَعْضاًOrang beriman adalah khadam (pembantu) sesama mereka, Khadam, kata majmuk dari Khādim yang mana kalimah yang sopan baginya ialah “pembantu”. Sedangkan kalimah yang kurang sopan baginya ialah “hamba sahaya”, bukan “pembantu”. Pembantu sebuah interpretasi yang lain, sedangkan di dalam bahasa Parsi ianya mempunyai makna konvensional lain, ianya berbeza dengan makna pembantu. Khadam adalah kata majmuk dari khādim. Khādim memberi makna kepada pembantu. Kata beliau: “Orang beriman adalah pembantu sesama sesama mereka.Para pendengar merasa hairan, bagaimanakah caranya? Semua menjadi pembantu sesama mereka. Atau dengan interpretasi yang lebih konvensional, mereka semua adalah hamba?قيل و كيف يكونون خدما بعضهم لبعض“Bagaimanakah caranya sebahagian saling menjadi pembantu sesama mereka?”Iaitu misalannya mereka saling pergi ke rumah sesama mereka, menjadi pembantu? Kata beliau:يفيد بعضهم بعضاIaitu “saling memberikan manfaat antara satu sama lain”, Oleh itu orang beriman saling membantu antara satu sama lain. Namun di dalam hadis itu tidak terdapat “terhutang budi atau mengharapkan balasan”. Noktahnya di sini. Sekiranya benar kita saling berkhidmat seperti itu dan memberikan manfaat kepada sesama kita dalam apa jua bidang - sepertimana kita adalah orang biasa dalam terma status sosial yang berada di lorong-lorong dan pasar-pasar - Walaupun seseorang itu mempunyai martabat tinggi menurut status sosial, misalannya presiden sebuah organisasi, maka tidak sepatutnya ada perasaan mahu dihutang budi. Menurut kami, noktah hadis ini tidak hanya sekadar: seseorang individu perlu memberikan manfaat kepada yang lain semata-mata, bahkan tidak seharusnya ia melazimkan terjadinya “hutang budi”, sehinggakan pembaktian yang mereka lakukan tidak menjadi batil.
14 Januari 2014 - 20:30
News ID: 497189
Syarah Hadis dari Imam Jaafar al-Ṣādiq (a.s) yang disampaikan oleh Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Khamenei dalam kuliah fikah, pada 15 Muharam 1432 Hijrah.